Laporan Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun SK Pandan Jaya
Bersempena dengan Hari Akademik SK Pandan Jaya yang akan berlangsung pada hari esok, Unit Peperiksaan SK Pandan Jaya ingin mengambil kesempatan membentangkan sedikit laporan keseluruhan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Secara amnya keputusan telah meningkat jika dibandingkan dengan keputusan Ujian PKSR 1 bulan Mac baru-baru ini. Pencapaian peratus lulus keseluruhan murid juga telah meningkat daripada 45% ujian PKSR 1 menjadi 51% peperiksaan PBS 1 iaitu peningkatan sebanyak 6%. Hampir semua subjek teras menunjukkan tren peningkatan yang ketara dan lebih menggembirakan lagi % lulus semua subjek teras mengatasi % gagal. Jarang-jarang sekali berlaku seperti tahun-tahun lepas. GP (Gred Purata) sekolah juga masih berlegar sekitar 2.00 - 2.99 iaitu 2.63 yang dijustifikasikan sebagai pencapaian yang memuaskan. Begitu juga dengan pencapaian 5 subjek teras sekolah yang juga berada dalam senario yang sama. GP atau Gred Purata adalah istilah yang begitu popular digunakan pada masa kini di dalam mengukur prestasi sesebuah sekolah di dalam pencapaian sesuatu penilaian/peperiksaan. GP yang bertitik tolak daripada penggunaan sistem yang dikenali sebagai Headcount. Indikatornya adalah seperti berikut; GP sekitar 1.00-1.99 dikategorikan sebagai cemerlang, 2.00-2.99 pula memuaskan dan 3.00 ke atas dikategorikan sebagai pencapaian kritikal sekolah. Cara untuk meningkatkan GP sekolah adalah dengan pencapaian lebih banyak gred A dan gred B bagi setiap subjek. Sejajar dengan itu, tren yang sebelum ini diguna pakai iaitu pencapaian tertinggi peratusan (%) sesuatu subjek sudah tidak relevan. Oleh itu, semua guru diminta meningkatkan GP pencapaian subjek masing-masing kerana sekiranya GP meningkat secara tidak langsung pencapaian peratusan turut meningkat.







0 Responses
Related Posts with Thumbnails
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2010

BULAN TARIKH HARI CATATAN

Januari 25.01.2010 Isnin

Februari 08.02.2010 Isnin (Tahun Baru Cina 14 & 15.02.2010)

Mac 25.03.2010 Khamis

April 22.04.2010 Khamis

Mei 24.05.2010 Isnin (Pesta Menuai 30 & 31.05.2010)

Jun *24.06.2010 Khamis (Hari Gawai 1 & 2.06.2010)

Julai 22.07.2010 Khamis

Ogos 25.08.2010 Rabu

September *23.09.2010 Khamis (Hari Raya Aidilfitri 10 & 11.09.2010)

Oktober 25.10.2010 Isnin

November 10.11.2010 Rabu (Hari Raya Haji 17 & 18.11.2010)

Disember 20.12.2010 Isnin (Hari Krismas 25.12.2010)

*Nota : Gaji bagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Copyright © 2006 - 2009 Unit ICT SK Pandan Jaya.
Double Klik Gambar Peta Untuk Paparan lebih jelas
Image Hosting
SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.