Tahniah Adik Nizam Sudirman




Tahun ke-2 berturut-berturut atlet SK Pandan Jaya membantu Daerah Hulu Langat dalam acara Olahraga untuk kutipan pingat dan mata berharga. Jika sebelum ini melalui adik Muhd. Nasrullah pada tahun 2009 mewakili Daerah dengan menyumbang mata melalui tempat ke-4 (bersijil) acara lari pecut 200m, tahun ini (2010) giliran adik Muhd. Nizam Sudirman pula. Bukan 1 acara tapi 3 acara apabila dia berjaya mendapat emas dalam acara lari ganti-ganti (4x100m) , perak acara ganti-ganti (4x200m) dan tempat ke-4 acara lari berpagar 80m (bersijil). Sekaligus memecahkan rekod pencapaian sekolah yang dibuat oleh adik Nasrullah sebelum itu. Daerah Hulu Langat menduduki tempat ke-5 secara keseluruhan daripada 10 daerah yang bertanding di dalam negeri Selangor. Diharapkan kejayaan adik Nizam akan terus menyemai perasaan minat dalam olahraga adik-adik SK Pandan Jaya yang lain. Seterusnya membakar semangat mereka untuk mencipta kejayaan kelak, Insya'Allah..Doa dan harapan warga SK Pandan Jaya mengiringi perjuangan mereka.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2010

BULAN TARIKH HARI CATATAN

Januari 25.01.2010 Isnin

Februari 08.02.2010 Isnin (Tahun Baru Cina 14 & 15.02.2010)

Mac 25.03.2010 Khamis

April 22.04.2010 Khamis

Mei 24.05.2010 Isnin (Pesta Menuai 30 & 31.05.2010)

Jun *24.06.2010 Khamis (Hari Gawai 1 & 2.06.2010)

Julai 22.07.2010 Khamis

Ogos 25.08.2010 Rabu

September *23.09.2010 Khamis (Hari Raya Aidilfitri 10 & 11.09.2010)

Oktober 25.10.2010 Isnin

November 10.11.2010 Rabu (Hari Raya Haji 17 & 18.11.2010)

Disember 20.12.2010 Isnin (Hari Krismas 25.12.2010)

*Nota : Gaji bagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Copyright © 2006 - 2009 Unit ICT SK Pandan Jaya.
Double Klik Gambar Peta Untuk Paparan lebih jelas
Image Hosting
SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.