Penubuhan Sekolah
Pertukaran status SKPJ kepada Sekolah Bestari bermula pada Januari 2003, telah menjana semangat warga SKPJ untuk terus mengekalkan kecemerlangan. Dibawah kepimpinan seorang guru besar yang dedikasi moga-moga SKPJ akan melahirkan insan yang berketrampilan dari segi rohani dan jasmani. Berikut merupakan guru besar-guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini setelah berakhirnya perkhidmatan Tn. Hj. Abdul Latib disusuli dengan Pn.Hjh Rokiyah bt Majid (2003-2004), Pn. Robiyah bt. Hj. Ahmad (2004-2008) dan sekarang diterajui oleh Pn. Mintal bt. Masri (2008-sekarang). Walaupun baru beberapa beberapa bulan menjalankan tugas di sekolah ini namun terserlah usaha gigih beliau untuk mengubah landskap sekolah ini baik dari segi persekitaranya mahupun pencapaiannya dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Sementara itu, mereka yang pernah menjawat Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) seperti berikut bermula dengan Encik Razali Mohd. Noor (1994), Hj. Mat Said (1995), S.M Zulkifli S.M Nasimuddin (1996) Encik Mustafa (1997-1999), S.M Zulkifli S.M Nasimuddin, Tn Hj. Mat Noor Ismail (2000-2004), Encik Awang bin Mohammad (2005), Encik Mohamad Azlan bin Mohamed Saad (2006-2007), dan terkini sekali lagi Encik Awang bin Mohammad (2008-sekarang).


GURU BESAR
(1994-sekarang)
Tn. Hj. Abdul Latib b. Mohd. Sharif (1994-2002)
Pn. Hjh. Rokiyah bt. Majid (2003-2004)
Pn. Robiyah bt. Hj. Ahmad (2004-2008)
Pn. Mintal bt. Masri (2008-sekarang)


PENJAWAT JAWATAN GPK 1
(1994-sekarang)
Tn. Hj. Shamsuddin (1994-1997)
Tn. Hj. Mat Said b. Jantan (1997-2000)
Pn. Badariah Yaacub (2000-2004)
Pn. Hashimah Mohd. Ali (2005)-Memangku
Pn. Faridah Sulaiman (2006-sekarang)


MOTO SEKOLAH


BERILMUBERAMALBERSAHSIAH


BERILMU
Sekolah merupakan institusi berilmu yang menjadi paksi kepada generasi berwawasan di alaf ini ,seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


BERAMAL
Di dalam pemantauan ilmu , pendidik dan pelajar adalah dua individu yang bertindak mengamalkan segala input di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara.


BERSAHSIAH
Bersahsiah adalah menjurus kepada sikap dan akhlak terpuji berlandaskan kepada paradigma yang menfokuskan generasi yang bertamadun.




PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SK Pandan Jaya bertekad dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk sentiasa:

Ø mastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti secara adil dan seimbang dengan berterusan tanpa mengira latarbelakang, taraf, agama, keturunan mahupun keupayaan.

Ø Memastikan wujudnya budaya sekolah penyayang dan prihatin serta memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri.

Ø Berusaha secara kolektif dan responsif untuk menerapkan budaya ilmu kepada seluruh warga sekolah.

Ø Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat untuk kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Ø Berusaha mewujudkan system pengurusan sekolah yang canggih dan dinamik serta staf yang komited, dedikasi, berdisiplin dan berketrampilan.

Ø Bersedia menerima pandangan dan idea yang membina daripada pelanggan demi kecemerlangan sekolah.

Ø Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang cekap, cepat, tepat dan mesra.

0 Responses
Related Posts with Thumbnails
JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN BAGI TAHUN 2010

BULAN TARIKH HARI CATATAN

Januari 25.01.2010 Isnin

Februari 08.02.2010 Isnin (Tahun Baru Cina 14 & 15.02.2010)

Mac 25.03.2010 Khamis

April 22.04.2010 Khamis

Mei 24.05.2010 Isnin (Pesta Menuai 30 & 31.05.2010)

Jun *24.06.2010 Khamis (Hari Gawai 1 & 2.06.2010)

Julai 22.07.2010 Khamis

Ogos 25.08.2010 Rabu

September *23.09.2010 Khamis (Hari Raya Aidilfitri 10 & 11.09.2010)

Oktober 25.10.2010 Isnin

November 10.11.2010 Rabu (Hari Raya Haji 17 & 18.11.2010)

Disember 20.12.2010 Isnin (Hari Krismas 25.12.2010)

*Nota : Gaji bagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Copyright © 2006 - 2009 Unit ICT SK Pandan Jaya.
Double Klik Gambar Peta Untuk Paparan lebih jelas
Image Hosting
SKPandanJayaBBA4035 © 2006. Milik rasmi :Hak Cipta Terpelihara © 2006. Admin SK Pandan Jaya, 55100 Cheras, Selangor D.E, Malaysia. PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.